Semua orang Islam di dunia ini tidak kira apa mazhab mereka, berpegang teguh kepada satu
kepercayaan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir (penutup
segala nabi). Malah, umat Islam percaya bahawa kerasulan Ilahiyah berakhir
dengan baginda Nabi Muhammad (s.a.w), sebagaimana mereka percaya kepada ke-Esaan Allah SWT. Allah S.W.T berfirman:
“Muhammad
bukanlah bapa kepada mana-mana kamu tetapi (dia) adalah utusan
Allah dan penutup segala nabi: dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Quran, 33:40)
Hak-hak Nabi Muhammad SAW adalah yang paling penting selepas hak-hak Allah SWT. Tidak ada manusia yang memiliki lebih banyak hak berbanding Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah
mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai saksi dan pembawa berita gembira serta pemberi amaran, agar engkau beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan supaya engkau membantunya dan memuliakannya; dan supaya kamu beribadat kepada-Nya, pagi dan petang." (Qur’an, 48:8-9).
"Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi amaran, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui," (Quran, 34:28)
Rasulullah
(S.A.W) mempunyai banyak hak. Penghormatan dan penghargaan buat baginda harus
dipraktikkan dengan sebaiknya. Penghormatan terhadap Nabi Muhammad (S.A.W) meliputi penghormatan dan kepatuhan kepada Sunnahnya (yaitu Ahlul Bait).
Hak Nabi Muhammad haruslah dipenuhi tanpa sikap keterlaluan. Apabila seseorang
membaca tentang keikhlasan para sahabat Nabi dalam mencintai dan menghormati Nabi
Muhammad (S.A.W), dia akan tahu betapa pentingnya hal ini. Apabila orang
Quraish menghantar Orwa Ibn Masud untuk berunding dengan Nabi Muhammad (S.A.W)
di Hudaibiyah, dia sangat kagum dengan para sahabat Rasulullah (S.A.W).
Katanya
“Aku telah melawat Raja Parsi, Rom dan Abyssinia ( sebuah empayar di Ethopia)
tetapi aku tidak pernah melihat mana-mana pemimpin yang lebih dihormati dan disanjungi
oleh kaumnya daripada Muhammad. Jika dia menyuruh mereka membuat
sesuatu pekerjaan mereka akan lakukannya tanpa berlengah-lengah. Jika dia
mengambil wudu’, mereka akan mencari saki-baki air wudu’ yang digunakannya.
Mereka tidah pernah memandang tepat ke mata Rasulullah (S.A.W) kerana rasa hormat kepadanya."
Beginilah Rausulullah (S.A.W) dihormati oleh para sahabatnya. Dia
adalah utusan terakhir Allah (S.W.T) yang memiliki kualiti dan sifat yang
hebat. Allah (S.W.T) berfirman:
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah adalah suri teladan terbaik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat, dan yang banyak mengingati Allah SWT." (Quran, 33:21)
"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) miliki akhlak yang agung," (Quran, 68:4)
Rasulullah
(S.A.W) adalah contoh terbaik seorang lelaki yang sempurna dalam setiap segi. Baginda adalah
suri teladan kebaikan dan contoh terbaik bagi umat
manusia. Allah (S.W.T) memuliakan baginda dari yang lain dengan menerapkan dalam personaliti luhur beliau dengan kualiti-kualiti yang begitu baik sekali seperti kesopanan, kebenaran bicara, baik hati, kesabaran, kesetiaan, kejujuran, bersemangat tinggi, keberanian, pemurah, bijaksana, dan lain-lain.
Dengan mengkaji sifat baginda yang begitu hebat dan kehidupan
baginda yang sederhana yang dimilikinya bersama dengan keluarga, para
sahabatnya, isteri-isteri dan mereka yang lain, banyak yang boleh kita pelajari
berdasarkan cara hidup baginda dan ini boleh membentuk cara hidup kita.
Masyarakat
kita tidak akan menjadi masyarakat Islam jika kita tidak mengikuti jejak utusan
terakhir Allah (SWT) dengan ikhlas, memberi sepenuh perhatian kepada ucapannya,
memerhati segala tindakannya dan tingkah lakunya yang mulia, dan yang paling
penting mengikuti jejak baginda secara keseluruhannya sepertimana para sahabat
melakukannya di dalam cerita-cerita yang berikut:
Pada suatu
hari ketika Nabi Muhammad (SAW) sedang memasuki Kota Madinah, baginda ternampak
seorang Yahudi membawa kuda yang dibiaknya untuk dijual. Rasulullah (S.A.W)
menyukai kuda tersebut, jadi baginda membuat tawaran kepada Yahudi tersebut dan
membelinya dengan harga yang dipersetujui oleh kedua pihak. Pada ketika itu,
Nabi Muhammad (S.A.W) tidak mempunyai wang bersamanya dan meminta lelaki Yahudi
tersebut untuk ke rumahnya bagi mengambil wangnya. Orang Yahudi tersebut bersetuju dengan tawaran itu.
Semasa
mereka dalam perjalanan, seorang lelaki menghampiri mereka dan bertanya kepada
lelaki Yahudi tersebut jika dia ingin menjual kuda tersebut dan dengan harga berapa. Lelaki Yahudi tersebut memberitahu bahawa dia telah menjualnya kepada Rasulullah dengan harga sekian sekian. Lelaki yang
menghampiri mereka itu menawarkan harga yang lebih tinggi dari harga yang
dibeli oleh Rasulullah (S.A.W) dan peniaga Yahudi tersebut bersedia menjualnya
dengan harga yang ditawarkan.
Rasulullah(S.A.W)
memberitahu lelaki Yahudi itu adalah salah untuk membatalkan perjanjian seperti
itu kerana lelaki tersebut sudah menjual
kuda tersebut kepadanya. Lelaki Yahudi tersebut menidakkan perjanjiannya dengan
Rasulullah.
Ketika
kejadian ini sedang berlaku, orang ramai yang lalu-lalang di sekeliling mereka
bertanyakan apa yang telah berlaku. Nabi Muhammad menceritakan apa yang telah
berlaku.
Sahabat
bertanya: "Adakah anda wahai Rasulullah mempunyai saksi untuk menyokong
kenyataan anda?"
Nabi
Muhammad (SAW) menjawab: "Kami tiada saksi dan tiada siapa yang ada ketika
kejadian ini berlaku."
Sahabat
berkata: "Maaf, kami rasa kami tidak dapat membantu kamu. Bagaimana kami boleh
memastikan siapa yang berkata benar dan siapa yang berbohong?"
Pada masa
yang sama, seorang sahabat yang sangat jujur dan rapat dengan Rasulullah
(S.A.W) Huzaima ibn Sabit (R.A) sedang melalui jalan yang sama dan ternampak
Rasulullah (S.A.W) sedang dikelilingi oleh orang ramai. Dia kemudian dapat mengetahui apa yang
berlaku.
Huzaima ibn
Sabit (R.A) berkata: "Nabi Muhammad berkata benar dan lelaki Yahudi itu menipu."
Nabi
Muhammad (S.A.W) pula berkata: "Tetapi anda tidak berada di tempat kejadian
ketika ia berlaku, jadi bagaimana anda tahu?"
Kemudia
Huzaima (R.A) menjawab: "Wahai Pesuruh Allah (S.W.T), kamu memberitahu kami bahawa tuhan itu wujud dan kami mempercayaimu, walaupun kami tidak pernah melihat-Nya.
Dan kamu memberitahu kami bahawa Al-Quran itu adalah kata-kata Allah (S.W.T) dan
kami mempercayai kamu. Kemudian kamu khabarkan kepada kami tentang malaikat, syurga dan neraka, dan kami mempercayai kamu walaupun kami tidak pernah melihat
semua ini. Bagaimana pula kamu boleh berbohong tentang perkara seremeh ini?"
Pengajaran
yang boleh didapati dalam cerita ini adalah, ada para sahabat yang berjalan,
duduk dan makan bersama Rasulullah (S.A.W), tetapi tidak memahami personaliti dalaman baginda, dan pada masa yang sama juga ada sahabat yang memahami
Rasulullah secara fizikal dan rohaninya. Oleh itu, kita seharusnya mempercayai
Rasulullah sepenuhnya seperti Huzaima ibn Sabit dan bukannya seperti yang seorang lagi itu.
Hak-hak Nabi Muhammad SAW termasuklah mempercayai baginda dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan peristiwa yang berlaku pada masa lepas, masa kini serta masa hadapan yang diberitahu baginda kepada kita. Kepatuhan dan akur dengan perintah baginda adalah sebahagian dari hak-hak baginda ke atas kita. Apabila seorang muslim itu beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan mahu mengikut agamanya, dia haruslah melakukan demikian dengan mempercayai bahawa cara Nabi Muhammad (dalam berinteraksi, dalam berakhlak dan lain-lain) adalah cara yang terbaik. Beriman kepada Nabi Muhammad SAW meliputi pengakuan bahawa agama baginda adalah agama yang terbaik. Allah telah mengesahkan semua hak-hak ini dalam ayat-ayat Quran berikut :
"Katakan (wahai Muhammad kepada manusia): Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. Allah akan mencintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakan: "Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya." Tapi jika mereka berpaling, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang ingkar," (Quran, 3:31-32)
"Tidak, demi Tuhanmu, mereka tidak benar-benar beriman melainkan mereka mengambil kamu sebagai hakim dalam segala perselisihan di antara mereka, dan mereka pula tidak merasa dalam hati mereka keberatan untuk menerima apa yang engkau putuskan, dan mereka menerima keputusan itu sepenuhnya," (Quran, 4:65)
"Sesiapa yang mentaati Rasul, maka sesungguhnya dia mentaati Allah, dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal ke atas mereka," (Quran, 4:80)
"Dan hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya berjaga-jaga, kalau-kalau mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya," (Quran, 24:63)
"Dan tidak patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, mempunyai pilihan lain dalam keputusan mereka; dan jika sesiapa tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, sesungguhnya dia berada dalam kesesatan jalan yang nyata," (Quran, 33:36)
Sumber : http://www.ezsoftech.com/stories/holy.prophet.muhammad.asp
Sumber : http://www.ezsoftech.com/stories/holy.prophet.muhammad.asp
No comments:
Post a Comment